URR Suara -URR ^Your^ Voice.
- Neil Shah
- Jun 11, 2021
- 2 min read
Updated: Jul 3, 2021
Rekaan itu bisu. URR Suara kandungan blog yang 'bersuara' berkaitan dengan perjalanan pengurusan bidang rekabentuk dalaman khususnya dan pembinaanya secara am.
Kandungan ini bakal disajikan penuh dengan informasi & maklumat yang difikirkan Admin sebagai wadah & perkongisan ilmu pengetahuan & pengalaman Admin sepanjang berkecimpungkan diri dalam bidang rekabentuk dalaman lebih spesifk pembinaan rekabentuk dalaman sejak 2004.

Segala perkongsian ini adalah bersifat objektif disebalik subjektif. Ini adalah kerana pergerakan aktiviti rekaan ini saling berkait antara satu elemen dengan elemen yang lain. Pastinya ia harus ada permulaan di mana permulaan ini datangnya daripada 'keperluan Pengguna' (Paymaster) itu sendiri. Keperluan yang datangnya daripada keinginan (desire) terhadap masalah situasi & perkaitan benda lain yang telibat. Niat (bisu) itu yang mencetuskan Paymaster cuba menyampaikan hasratnya. Hasrat itu yang diterjemahkan kepada verbal, kemudian diterjemahkan pula kepada teks. Melalaui teks itulah, wujudnya (team kami) sebagai Pembina & Pereka Dalaman (Construction & Interior Designer) menterjemahnya dalam pelbagai bentuk kaedah & cara merealisasikan niat Paymaster. Pra Pembangunan Idea Rekabentuk: Lakaran (sketches), Lampiran Lukisan (Set of drawings), Persembahan Mood (Mood Boards), Senarai Spefikasi (Spefications Checklist), Persembahan Visual (3D Visuals), antara aktiviti yang kami rekodkan dalam bentuk dokumentasi sebelum, semasa & hingga bermulanya Fasa Pembinaan. *IDPD Pembinaan Idea Rekabentuk: Penyediaan tapak bina (Site Commencing), Mengawal & Menyelia Tapak Projek (Site Supervision & Inspection), Perbincangan Tapak (Kick Off & Site Meeting) dan sebagainya bagi pihak Paymaster yang memberi kontrak. *IDPD + CM
Pra, Pembinaan & Penyerahan Idea Rekabentuk: Penutup kepada Pra Pembangunan & Pembinaan Idea Rekabentuk (Closing). *PMT Maka kenyataan seperti diatas memberikan gambaran bagaimana perlaksanaan niat Paymaster yang mula 'bisu' sifatnya, Insya Allah bersama² kami 'menyuarakan' ia. URR Admin. "Your Building's Enhancements Interior Fit-out Projects"
[URR PENAFIAN]
Segala pengisian (content) di dalam page ini adalah bersifat pengkongsian dan olahan perjalanan aktiviti URR (Urus Reka Resources). Kekurangan fakta atau fakta yang dirujuk atau dikeluarkan oleh ahli perlulah "usaha wajar" (due diligence) dari sumber sahih terlebih dahulu. Ini bagi menjaga sensitiviti bakal pemilik yang menerima perkhidmatan Urus Reka Resources (URR) pada masa hadapan. URR tidak bertanggungjawab ke atas sebarang manipulasi kenyataan, gambar, audio, video atau yang seumpamanya yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia. Pendedahan maklumat adalah terhad dan jika ada sebarang keraguan sila berhubung terus melalui email urusrekaresources@gmail.com
URR Admin

Tip:
Gunakan sumber komunikasi sedia ada untuk menghubungi Admin untuk sebarang pertanyaan & penjelasan tentang perkara² berkaitan perjalanan rekabentuk dalaman bangunan & menaik taraf nilai hartanah kalian.
Bagaimana kami berfungsi untuk kalian:
Daftarkan diri di halaman "Member’s Page" kami.
Pilih pakej yang disediakan.
Kami sedia membantu.
Comments