top of page
Search

Bila adanya ‘ini’, ia mampu berlakunya STOP WORK ORDER di tapak bina. Antaranya...

Penafian: Artikel ini wujud sepertimana yang dialami oleh penulis sebagai panduan umum yang tidak berlaku bagi mana situasi tapak bina yang normal. Penggunaan terma² adalah universal yang diguna pakai sepanjang penglibatan penulis dalam industri pembinaan ID (sejak 2004). Penilaian semula harus (due deligence) dilakukan pihak yang berkaitan supaya tidak timbul syak wasangka liar. Pembawakan artikel ini adalah bersifat cadangan sahaja yang tiada kaitan kepada mana pihak yang berkepentingan dalam sesuatu projek reka ID). Betapa signifikannya benda ini di tapak bina. Adanya benda ini di lampirkan, ianya berpotensi kelewatan penyiapan aktiviti kerja bina di tapak bina itu sendiri. Chop! Sila klik button “LIKE” dan “FOLLOW Settings” kemudian klik “FAVORITES” di page Facebook @urusreka (Urus Reka Resources).

Terima kasih, setiap klik amat berharga yang mampu dijadikan milestone untuk Admin.

Baik seterusnya. Kepada sesiapa yang berautoriti harus lakukan perkara ini dengan benda yang begitu ‘berkuasa’ (di tapak bina sahaja ye). Ia menjadi situasi berangkai yang tidak selesa kepada pihak terbabit seperi Kontraktor & Supplier (Pembekal).


Apa benda sebenarnya ni?! PEN BERDAKWAT MERAH. Benda ini apabila di bulatkan atau di notakan di dalam lukisan kejuruteraan, maka situasi pergerakkan kerja berpotensi kembali kepada fasa permulaan. Mudahnya, ulang semula proses yang bermula pengembangan idea, koordinasi, rangkaian dokumentasi, pemilihan bahan, penggunaan peralatan, juga kepenggunaan tenaga kerja.


(Sumber gambar: https://www.lifeofanarchitect.com-Ep 078: Redlines)

Kenapa jadi sampai begitu sekali?! Rasionalnya, penggunaan pen berdakwat hitam atau biru adalah merujuk kepada perkara biasa, normal yang mana tiada halangan untuk meneruskan aktiviti sedia ada atau yang sudah dirancang. Di fasa ini, Paymaster dapat menerokai peranan sebebar Interior Designer sebagai kumpulan 'merealisikan impian' yang sebenar malah Paymaster berupaya membezakan secara clichenya pasaran umum Interior Decorator vs Kontraktor vs Tukang. Kali ni, situasi berbeza sekiranya terdapat & berlakunya kelemahan, kesilapan atau terlepas pandang elemen yang terdapat di dalam lukisan kejuruteraan berkaitan dengan keadaan sebenar di tapak bina. Di mana pembinaan lukisan² tersebut diguna pakai untuk sesuatu projek yang dilampirkan sama ada daripada pihak Konsultan, Kontraktor atau Pembekal itu sendiri.


"Satu Lukisan, pelbagai profesi terlibat sama."- URR Maka pen berdakwat merahlah yang dapat membezakan situasi tidak normal yang harus diperbaiki semula bagi mengelakkan perkara² yang berpotensi lebih merisikokan reka bentuk.

Pihak berautoriti mana yang layak gunakan pen berdakwat merah ni? Di dalam sesuatu projek harus ada carta organisasi. Mereka yang di kedudukan tinggi itulah yang selayaknya memperakui pen berdakwat merah lebih bernilai sifatnya. Ia dijadikan sumber rujukan yang diterima pakai sebagai arahan ‘legit’ pemboleh ubah aktiviti di tapak bina. Arkitek (Ar), Engineer (Ir), Interior Designer (IDr), Landscape Arkitek (LAr), Quantity Surveyor (Sr). Mereka² ini antara yang layak menjustifikasikan nota tambahan di dalam lukisan kejuruteraan jika berlaku ‘ammendment(s)’- kelemahan yang terdapat di tapak bina. Situasi yang bagaimana pen berdakwat merah ni dilakukan? Pengkadaran 'dispute' ini sebenarnya jarang berlaku bila mana perancangan sangat teliti oleh semua pihak terlibat dalam sesuatu projek. Namun, melaksanakan projek ‘unpredictable’ sifatnya. Banyak halangan & rintangan bakal berlaku yang mampu mengundang risiko. Risiko yang Paymaster tidak mahu & sepatutnya dielakkan oleh Designer's & Construction's Team. Baik, situasi yang amat nyata pen berdakwat merah ini berfungsi dalam situasi antaranya adalah berkaitan tentang UKURAN, SAIZ, WARNA, BENTUK, VISUAL & PENERANGAN DESKRIPSI ITEM/PRODUK yang berserta pelbagai 'annotations' yang terdapat dalam lukisan kejuruteraan. Diperhalusikan lagi dengan situasi sebenar ‘workflow’nya ye. Lukisan itu pegun sifatnya pada peringkat penyediaa oleh Pelukis Pelan. Ianya telah disahkan oleh yang Berautoriti untuk menjalankan kerja di tapak bina. Situasi kerja dilakukan ditapak bina yang kebiasaan termanya disebut ‘Setting Out’. Setting out adalah proses permulaan yang dilakukan bagi menentukan persamaan maklumat & pengkadaran (scale) hasil daripada Lukisan Kejuteraan itu tadi. RIDr/IoW yang berperanan sebagai Consultant’s Representative Paymaster melakukan pemeriksaan di tapak bina bersama lukisan kejuruteraan yang dihasilkan itu tadi. Perkara apa yang diperiksanya?! Lukisan² itu tadi disahkan terlebih dahulu dan dikategorikan status sebagai ‘Construction Drawings’. Selain sepertimana telah dinyatakan sebelum ini, aktiviti periksa semula diteruskan dengan mengambil kira suasana tapak i.e lokasi, laluan logistic, tapak pemunggahan bahan, ukuran keluasan tapak bina, kedudukan & posisi ruang, elemen struktur sedia ada etc. Yang kemudian direkodkan untuk dipersembahkan kepada Paymaster rasionalisinya penemuan data² tersebut. Maka dengan adanya kajian tapak bina dijalankan itu tadi, sudah pasti terdapat perubahan di dalam lukisan kejuruteraan yang telah dihasilkan sebelum ini oleh "Designer's Team- Contract Service Provider". Pen berdakwat merah itulah yang memainkan peranan penting dalam situasi seperti ini. Yang mana ia dijadikan ‘Addendum’ dalam kontrak asal (jika ada).

Baik,itu tadi berkenaan situasi skop yang besar. Kali ini kita kecilkan skop kepada skop Interior Design.

"Leceh tapi berbaloi, elakkan daripada kerugian masa, tenaga & duit Paymaster, Designer's & Construction's Team. Berikan nilai tambah pada rekaan itu 'bersuara'."- URR

Proses awalan seperti biasa dilakukan oleh Prinsipal & team. Elemen yang terdapat di dalam Construction Drawings ID antaranya adalah Layout Plan, Section & Elevation Plan, Detail Drawings (Furniture/Built-in Cabinets), Reflected Ceiling Plan (RCP), Floor Pattern & Specification Diagram/Checklist. Kesemua lukisan ini di dokumenkan terlebih dahulu. Fasa pembinaan dilaksanakan, ketika pemasangan kemasan ‘floor tile’ di lokasi/ruang- ruang tamu terdapat ‘termination’ antara jenang pintu dengan sisi tepi dinding utama yang tidak dapat dilaksanakan oleh Kontraktor Jubin (lack of detail(s) drawings provided). Maka pengubahsuaian lukisan kejuruteraan awal ditandakan dengan pen berdakwat merah di tandakan sebagai bukti terdapatnya ‘drawing’s defect’. Oleh yang demikian, situasi kerja tapak bina harus dihentikan seketika untuk memperbetulkan oleh Designer memperhalusi kaedah rupabentuk (design) yang paling sesuai dengan keadaan & penjimatan kos Paymaster. Keadaan ini dimaklumkan oleh IoW sebagai yang berautoriti (Principal Representative) di tapak bina yang harus dimaklumkan kepada Paymaster sama ada bersetuju atau tidak dengan perubahan yang dicadangkan oleh Interior Designer sebelum Kontraktor mulakan kerja di tapak bina. Oleh yang demikian situasi seperti diatas, maka status Construction Drawing(s) itu tadi sudah bertukar kepada “Revised Construction Drawings”- bertanda (annotations) yang berdakwat merah. i.e Tile Drawing : URR/FP/ID/01 kepada URR/FP/ID/01a: REV01* diletakkan didalam ruang ‘REVISION’ yang kemudiannya dicop sebagai Construction Drawing-REVISED*. Lampiran ‘List of Drawings’ didokumentasikan sebagai rekod & rujukan akan datang. *Kaedah format lukisan bergantung kepada praktis masing².

Kemudian set lukisan tersebut dikompilasikan sebagai ‘Addendum Kontrak’- dokumen sokongan yang dipersetujui dilaksanakan oleh Kontraktor di tapak bina.

Sumber gambar: https://www.cqeacademy.com/cqe-body-of-knowledge/product-process-design/technical-drawings-gdt/

"Benda belum dipasang lagi tu, koordinasi manusia itu perlu ada dahulu. Kerana benda 'tidak bersuara'.- URR

Leceh pada mulanya, akan tetapi impaknya berhasil dengan ‘tenang’ di pengakhiran perjalanan aktiviti di tapak bina. Penggunaanya praktisnya amat menguntungkan kepada Paymaster. ‘Stress relief for sure’, jimat? Bergantung kepada pihak yang menguruskan projek tersebut. Sebagai rumusan, mendapatkan situasi yang efisien adalah dengan melengkapkan dokumentasi lukisan ini terlebih dahulu sebelum dibawa ke tapak bina untuk pemeriksaan & seterusnya pembinaan di tapak. Jadikan ia sebagai kompilasi dokumen sokongan Kontrak Kejra. Komunikasi antara personel tapak bina adalah sangat kritikal sebagai penyampai maklumat, jika terdapat sebarang perubahan atau pengubahsuaian. Pen berdakwat merah itulah antara kaedah warna yang mampu merubah peranan projek. Ini adalah logic, kerana ‘lukisan itu bisu’. Tip:

-Ambil gambar dahulu sebelum muktamatkan status lukisan (fizikal). -Sentiasa adakan perbincangan bagi mencapai matlamat projek (Paymaster's as a Decision Maker)

*Jika ada sebarang usaha sama Paymaster, sila hubungi Admin untuk keterangan lanjut. URR Team. "Your Building's Enhancements Interior Fit-out Projects"

 
 
 

Comments


bottom of page